Ejen_Gambir_Emas_Herba_44_Performance_Oil_Teluk_Intan_Perak_Azrul_Sahak_0102926423
Gel Gambir Emas kini Boleh di COD di Perak Kawasan Teluk Intan, Bagan Datoh, Bagan Datuk, Selekoh, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Langkap
April 4, 2017
Gambir_Emas_Herba_44_GE_Performance_Oil_Kedah_SungaiPetani_01110103626
Gel Gambir Emas kini Boleh di COD di Kedah Kawasan Sungai Petani, Kulim, Mertajam, Lunas, Simpang Empat, Kepala Batas dan Padang Serai
April 23, 2017

OAR Teguh lebar sayap ke ASEAN untuk Produk Gambir Emas, Herba 44 dan juga GE Performance Oil daripada Omar Ali

Gambir_Emas_GE_Herbs_Herba_44_GE_Performance_Oil_Gambir.My Omar Ali

Gambir_Emas_GE_Herbs_Herba_44_GE_Performance_Oil_Gambir.My Omar Ali

Gambir_Emas_GE_Herbs_Herba_44_GE_Performance_Oil_Gambir.My Omar Ali

Gambir_Emas_GE_Herbs_Herba_44_GE_Performance_Oil_Gambir.My_Omar_ Ali

KOTA BHARU 2 April – Sebuah syarikat produk kesihatan milik bumiputera, OAR Teguh Sdn. Bhd. akan melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN selepas mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan di dalam negara.
Pengarah Urusannya, Omar Ali berkata, pihaknya akan mempertaruhkan empat produk keluaran syarikat tersebut untuk memikat hati pengguna di negara-negara terbabit.
Beliau berkata, buat permulaan syarikat itu telah menembusi pasaran Singapura dan Brunei serta dalam proses perbincangan untuk memasuki Indonesia serta negara-negara lain.
“Sebelum ini, kita mengeluarkan produk prestasi untuk lelaki iaitu Gambir Emas Performance Gel dan kini kita telah menambah tiga lagi produk baharu iaitu GE Performance Oil, GE Herba 44 dan produk khusus untuk wanita GE Che Bunga.
“Kita yakin produk-produk ini akan dapat menambat hati pengguna kerana semuanya berkaitan dengan keperluan kesihatan tubuh badan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Omar berkata, ketiga-tiga produk terbaharu yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan itu telah berada di pasaran tempatan sejak awal bulan lalu.
Katanya, sambutan yang diteri­ma amat menggalakkan biarpun baru sebulan berada di pasaran.
“Insya-Allah pelaburan untuk menghasilkan produk ini akan memberikan manfaat kepada semua penggunanya. Sebagai contoh, GE Performance Oil menggunakan ramuan khusus untuk melicinkan peredaran darah yang membantu untuk menyihatkan tubuh badan.
“Bagi GE Herba 44, ia menggunakan ramuan 44 jenis herba manakala GE Herba Che Bunga pula melibatkan ramuan khas herba yang bebas daripada penggunaan bahan kimia untuk mera­wat dalaman wanita,” katanya.
Tambahnya, syarikat tersebut telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan niaga di negara terbabit malah tidak menolak kemungkinan untuk melebarkan sayapnya ke Dubai.
“Sehingga kini kita mempunyai lebih 1,000 rakan niaga di seluruh negara dan kita yakin dapat menembusi pasaran negara-negara serantau dalam masa terdekat,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sumber daripada : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/oar-teguh-lebar-sayap-ke-asean-1.464902